Followers

Tuesday, June 9, 2015

NEW LIFE AS A UITM STUDENT

Hai uolls . starting from 02 june 2015 hidup aku dah berubah . Uwahhhh . tipulah kalau aku cakap tak sedih ann . hari nie dah hari kelapan aku hidup sebagai seorang mahasiswi di Universiti Teknologi Mara Kampus Arau , Perlis . Siapa cakap uitm perlis tak best ? Sapa cakap tu mohon dia perjelaskan satu persatu tentang apa yang ada dalam uitm nie . Siapa cakap tak best ? Siapa ? Siapa ? haaa korang jangan , aku marah nie . Life kat sini best sangat especially bila awak awak di luar sana dapat kawan2 yang SUPERB SPORTING GILA NAK MAMPUS HAAAAA ! Okay kali nie aku caps lock dan bold hahahaha .

Menceritakan serba serbi sedikit pasal uitm nie , gua rasa hari first day sampai tu dalam pukul 8.30 gituuuu . Dengan harapan tak nak susah kena beratur panjang maka weolls pn keluar la umah awal awal . perjalanan weolls nie lebih kurang 50 minit ja dari rumah nak sampai kampus . Tapi yang bestnya apa tau , masa sampai tu tak payah susah susah nak beratur kat dewan seri semarak ke apa untuk sesi pendaftaran panjang . Proses dia sumpah simple ! SIMPLE ! Korang cuma perlu datang , parent korang drive masuk , sampai satu tempat tu akan ada akak atau abg OC tunggu . diorang akan bagi satu pamplet berserta kunci bilik dan aku masih ingat lagi ayat diorang "okay , nanti isi borang dalam pamplet nie , tgk nie kunci bilik , kolej adik kat Kesinai 1 , nombor bilik sekian sekian boleh masuk bilik terus" . Aku pun terkedu . Apahal senang sangat proses dia . Then , aku pun masuk lah dalam bilik . Berkenalan la dengan roomate aku orang Johor yg suka sangat gelak HAHAHAHAHAHA ! samapai tengah malam . Aku pun jadi suka gelak . Hahahaha

Makanya pada hari tu , bermulalah drama sebabak keluarga . Gila tak sedih , aku lah satu satunya manusia yang tak pernah berenggang dengan family untuk satu tempoh yang lama . Mesti lah nangis gaisssssss . Okay petang tu aku penat sangat ,jadinya aku berkenalan dengan Nadira gitu gitu aja sebab aku memang tak larat memandangkan petang tu akan bermulanya MDS bagi calon mahasiswa kumpulan 1 .

Pendekkanlah cerita MDS nie , aku malas cerita panjang panjang sebab MDS nie amik masa 4 hari . Jadi kau nak ke aku taip satu satu apa yang weolls buat sepanjang Minggu Destini Siswa atau lebih dikenali sebagai MDS . Tapi paling gempak dan aku paling suka pasal game yang OC Zafri anjurkan . Dan trademark budak2 uitm perlis nie adalah perkataan "GITTTTEWWWWWWW"  HAHAHA . kepada anda yang bukan student uitm perlis nie , anda takkan tahu macam mana pronounciationnya hahaha (entah eja betul ke tidak)

Okay sepanjang MDS nie , hakak hakak nak pesan kepada hadik hadik sekalian bahawasanya prepare la baju kurung cukup cukup utk MDS nie dan yang paling penting seluar tight , kain dalam , tudung putih 2 hingga 3 helai , full white or black scarf 2 hingga 3 helai sebab nanti kepala korang akan busuk, stokin atau skinsock baju kurung putih (Alaaa yang korang pakai masa sekolah tu) dan kain hitam serta kasut bertutup warna hitam . mendalah semua nie WAJIBBBBBBBBBBBBB  . nie untuk perempuan .

Bagi kaum Adam pulak sediakan kemeja putih lengan panjang 2 helai , tshirt berkolar 2 hingga 3 helai (terpulang pada korang la suka salin baju ke tidak) , pakai seluar tight atau boxer , black socks , kasut kulit berwarna hitam , seluar slack berwarna hitam 2 hingga 3 helai , tali pinggang berwarna hitam .

seluar tight atau boxer dan stokin tu sebenarnya sangat PENTING sebab korang akan jalan banyak2 nanti takut korang melecek pulak . sakit dan sangat tak selesa woooo .

Masa MDS nie korang wajibbbb bangun 3.50 pagi itupun kalau korang tak nak berebut toilet laa dan pastikan berwudhuk siap siap sebab uolls dah kena berkumpul dah pukul 5 . kemudia pegi PI untuk solat subuh . Masa MDS tolong jangan tidur sebab semuanya yang disampaikan sangatlah penting . Walaupun hakak sendiri tak tidur  hahahahah . kena bebel oooo ngn OC . hahaha dah habis MDS semua masa majlis perasmian , weolls akan nyanyi lagu uitm dan baca ikrar , dia punya feel tu lain macam tau . rasanya mcm nak grad pulak padahal baru ja perasmian sebagai mahasiswa mahasiswi uitm . hahaha .

Okay dah la aku dah penat nak typing lagipun air cond dalam library nie sejuk sangat sangat dan aku perlukan udara yang panas pulak hahaha . daaaaaaa have enjoy gaisssss .

Friday, May 8, 2015

Makan makan sambut birthday Afifi

Hai gaissss . Bertemu lagi kita . Alhamdulillah masing2 dipanjangkan umur , murah rezeki dan sihat selalu .
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menunaikan salah satu cita-cita aku iaitu masuk UNIVERSITI . Then , aku dapat masuk UiTM Arau plus study diploma in planting industrial management .
Setelah membuat kaji selidik bidang pekerjaan , abg aku jumpa bidang pertanian nie ada pasaran kerja yang luas . Katanya "adik mohon laa pengurusan ladang , sekarang nie industri pertanian semua ada pasaran and " bla bla bla bla melambak lagi laa dia bebel kat aku malam aku nak isi form UPU . Aku pnya laa bebal siap rasa nak tarik muka lagi sebab sesungguhnya aku TAK SUKA LANGSUNG BIDANG PERTANIAN ! .haaa nampak tak siap caps lock lg . Nasib tak bold jaa tu .

Nak dijadikan cerita aku nak puaskan hati dia jadi aku pun letak la course tu kat pilihan no 5 . Pilihan first aku adlh farmasi ! Senang PUAS HATI PLUS MALAS DENGAR KAU MEMBEBEL BRO . Dan kenapalah mulut dia masinnnnnnn sangat . Aku dapat course tu dan dekat uitm Arau sama dengan yang instinct dia 'katanyalah' . Bermula dari situ aku redha . Aku pujuk hati aku . Kataku , mungkin rezeki kau macam nie Nuna jadi kau redha , minat boleh berubah , mana la tahu kau dah masuk u nnt kau enjoy gegila study course tuu . Tengok2 siap nak sambung smpai master lg . Bagi aku skrg nie , aku tak kisah dah course apa pun , minat ke tidak , asalkan aku dapat masuk universiti dan aku tahu bidang aku tuu ada meluas di pasaran kerja . Jadi aku akan mula berdaftar pada second of june . 23 days left . Emmmmmmm .

SEDAR TAK KORANG KALAU BACA CERITA NIE SEBENARNYA DAH LARI TOPIK ? HAHAHAH .

Okay topik asal birthday fifi . Nak cerita serba sedikit pasal birthday fifi tadi . Ya Allah best sangat . Dah laa aku rindu ex-classmates semua plus semua happening gila gila plus makin cantik makin hensem makin memikat hatiku .hahaha lagi best lagi dapat ole ole from London and Paris . Thankyou fifi . Birthday kau , kau yang bagi hadiah yeeee . Hahahaha . Okay best sangat . Rasa takmau balik awal . Makanan dia apa tau ? Haaaaa opkos laaa ade BBQ plus nasi goreng , mee goreng , lala rebus , kambing plus ayam plus sotong bakar , tembikai and many more laaaa tak terlist sampai sengkak perut aku makan . Ya Allah bestnya ngn uolls kengkawan . Rindu sangat !


  Haaaa inilah dia birthday girl (yg hijau tu) , nama dia Afifi binti Rosman . Cantik kan cantik kan . Tapi sengal sikit hahahah . Fifi nie bakal student UNIMAS ataupun matrik . Tengok la apa pilihan dia nnt .


 Nie pulak bestie gua . Nama afiqah tapi weolls panggil dia Mami . Sebab dia nie sporting plus merapu tahap tepung cap badak dan dikenali juga sebagai sarjan misai hahahaa love u babehhh . Dia nie terlalu minat ngn form 6 and she did it . Semoga kamu sentiasa cemerlang babehhhh .



  Nie ! Lagi sengal , nama dia Farah Elliana . Sengal sengal dia pun aku suka kawan ngn dia . Hahahha hai Syed ! Ehhh ehh nama boyfriend dia tu . Bakal student matrik jurusan sains ataupun pengurusan maklumat . Tak tahu laa mana dia nak pilih .


 Ini laa dia tukang bakar professional weolls namanya Abdul Jabbar a.k.a Mr. Haha . Aku sorang ja panggil nama tu . Andddd gambar weolls nie gelap sikit almaklum bin maklum laa kan lighting tak lawa sikit . Duk depan bara api katekooo. Hahahaha . Nie bakal student electrical engineering .


 Ini semua ex-student smk mergong

(Eceh ayat macam ramai sangat)




  Nie gadis gadis dekan . Dah nama pun perempuan kannnn . Mesti laa tak lepas ngn hidup berselpie . Hehhehe one , two , cheeseeeee !
Ada belakang org mengganggu di situ

Love you gais .
Muahhh cikeddd .

08 MEI 2015


Wednesday, April 8, 2015

Salahkah Jatuh Cinta Dgn Kawan Baik Sendiri ?

Kecewa . Tuu ja aku nak bgthu . Kecewa sgt dengan apa yg dia cakapkan . Three times I hurt about the same thing . First , budak from another school , then my junior , and now classmate aku.  And i'm just feel like "why not me ? Am I too bad to get what I want" . Now , aku tahu jwpn hati aku , aku sbnarnya not too much in love dekat adib , aku cuma jdkan adib option and aku truly in love with MAJ .

Yaa aku kecewa dgn MAJ .

It takes almost two years since aku berkawan rapat ngn dia .
Entah ! Aku open my facebook , turn to all messages and get read all about our conversations . Actually 19 February 2014 aku start putus kawan ngn dia then sbb kami gaduh . I cried . Lebih kurang 5 bulan kami gathered balik . Tu pn one day kami terjoinn sembang sama sama but at the same time ada org take over my place . Aku dah takda tmpat aku terpaksa duduk tempat MAJ sbb nak study math . Dia dtg dekat meja tu , duduk depan aku , ajar aku soalan yg aku tak paham . After I finished my questions , aku letak pensel , duduk hadap dia and asked him to look at me .
Aku mula mintak maaf and explained whatever I felt . He said "aku dah tak kisahkan semua tu.  Aku harap kita bukak buku baru . From now , let study for our spm" and im just feel like I wanna cry.  What the stupid I had done before I said quietly .

Semenjak tu kami berkawan balik tapi tak rapat dah mcm dulu . Dulu masa form 4 kami rapat sgt smpai ada yg salah faham about our friendship . But he dont mind . Dulu dia suka buatkan aku aiskrim air tangan dia sndiri , pling famous oreo ng nescafe la , buatkan muffin utk pujuk aku , belikan teddybear sbgi tanda penghargaan , selalu belanja steamboat , and sms aku almost every night . Dan aku rasa disayangi . Perempuan mana yg tak suka kalau lelaki buat mcm tu . Sbb kami gaduh laa semua tu hnya tinggal kenangan ..

Sekarang masing2 dah habis sekolah . Dia dgn cara dia dan aku dgn cara aku tp kami ada jugak contact . Perasaan aku masih sama mcm mana sebelum kami bergaduh dulu.

Tapi malam nie 09'April 2015 , he texted me . He said that he admire a girl ,our classmate . Since 2013 he said . Aku kecewa . Selama nie aku yg bertepuk sebelah tangan . Tak pernah berbunyi . Dia siap bagitahu yg dia cadang nak meminang that girl lepas habis diploma . Dia tak couple ngn that girl but I know what type of him . Im just feel like okay I never deserve it .  Aku tak pernah bagitahu that I love him And yes ! Jawapannya salah mencintai kawan baik sendiri . Kerana sikap penyayang dan ambil berat yg dia tonjolkan , aku jd salah tafsir . Hati aku jadi semakin beku selepas apa yg dia luahkan . Biarlah . Mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik untuk aku . In Syaa Allah . Sebaik baik cinta adalah cinta milikNya yg Maha Esa . Assalamualaikum.

Sunday, March 29, 2015

Apa khabar ?

Hai apa khabar uolls adik kakak rakan sbaya semua heee apa khabar anda semua ? Emm tak sbnarnya almost one year tak hidupkan blog nie . Rindu² tu opkos laa ada haish . Sebenarnya nak bgthu skrg aku da jd penganggur yg palingggg terhormat dlm Malaysia . Aikk yke ? Emm camtu boleh la rembat gelaran dlm Malaysia book of records , tak gitu yedokk T_T .

_--------------------------------------------------------
--------------------------*menatkan ja tekan button sama bebanyak*

Okay , nak dijadikan alkisah la kann emm mcm gempak plak story hahha . Habis spm smpat la dlm sebulan gitu kot aku rest kat umah then aku krja kdai tdung Ila'z collection . Ada la kot hampir sebulan aku krja then kedai tu tutup mcm tu jaa but sokay its fine dapat gaji jgak.  Then menganggur dlm dua minggu , aku dapat krja kat Hinode Shop alaaa kedai yg kna pekik "selamat datang 1 barang 5 ringgit" tak maknanya kedai tu nak 5 hinggit da skrg nie . GST katakannnn . Dah jd 6 hinggit *tak guna ! Mahal* then aku resigned . Tah ada la sbb pnjg lebar tak boleh diluahkan aku resigned . Sehingga hari nie tercipta lah gelaran aku sbgi penganggur *ehhh malu plak* blush blush .

- - - - - - - - - - - - - - - -

Haishhh penat aku taip pepanjang mcm nie.  Udah laa. Ibu ajak potong langsir plak.  Daaaaaaa