Followers

Sunday, March 20, 2016

Si Sado Berkaca Mata Hitam

He is the only one i love most as a soulmate. Sounds crazy . I've never met someone yang betul-betul uji kesabaran aku but i still can stick with him. Wanna know why? let's begin the story.

04/07/2015
*Masa nie bulan puasa. aku ingat tarikh tuu sebab malam tu sambut birthday ibu untuk besok hari. pada tarikh tuu, family paktam bawak bakal tunang angah (si bangah) sebab katanya family bangah ajak bukak puasa ramai2 disamping nak kenal-kenal dengan family paktam ngan family ibu. sebab ibu pernah cakap, first met between ibu ngan paktam , makngah (mak kpd bangah) jumpa ibu dulu, so then alang2 makngah nak jumpa family bakal besan, makngah ajak laa ibu sekali. banyak betul ngahnyeeee pun. Okay then, petang tuu family paktam gerak dulu pegi umah diorang. Ibu, abah, aku gerak lambat sikit sebab ada kerja. then petang tuu around 6 o'clock, kitorang pun gerak laa pegi umah makngah pakngah kat Kampung Padang Sanai, Konerang nuuu haa. At, first aku dengar Konerang kann, dalam hati aku 'lahaiiiiii aku dah laa tak suka Konerang' sebabnye aku bajetkan Konerang nie macam KP dgn KK tauu sebab aku mmg tak suka dak dak KP dgn KK. tp ontheway je nak ke daerah Konerang, aku usha view dia WALAWEHHHHH ! jatuh cinta aku tengok view along the way tuu. Okay then we arrived at about 20 minutes lagi nak iftar. Okay laa tuu cause idioms say BETTER LATE THEN NEVER. hehehe

Okay sampai je kat umah tuu orang first aku salam is MAKNGAH. makngah tarik peluk cium (salam semut) jugak laa ngan aku , then aku salam KAKLONG, KAK SUE, and all ladies laa dalam umah tuu. okay then aku gi depan, lepak-lepak dengan kazen aku si anak-anak paktam haa. Sambil usha-usha nak dekat menghidang, aku pegi dapur, masa aku lintas tuu zappppp aku rasa macam wowwww masa aku terpandang sorang mamat atas moto berbaju hitam dekat depan pintu dapur. dalam hati aku "YA ALLAH, dah laa hensem, sado plak woemgiiiiiiii i fall in love". tp aku nampak dia macam bapak orang, aku pandang plak KAK SUE tgh pregnant time tuu so i think kak sue tuu bini dia then aku macam keciwa namateyyyyy lahaiii laki orang plak dah dia nieee emmmm kenapa yang hensem-hensem mesti orang da amik. hmmmmm okay then aku kecewa laa kannn , takde laa aku usha pandang die sangat dah sebab aku pikir dia laki orang haa. pastu time makan aku melayannn je budak2 *ehh rajin plak aku padahal bukan suka sangat pun* tapi perasaan nak melayan tuu sangat IKHLAS hokayyyyyy ! Tapi jap aku pelik, KAK SUE menyendenggg dengan orang lain which means KAK SUE bukan wife mamat yang aku usha td. then aku pelik , kalau dia da macam bapak orang, sapa bini dia ? okay aku mula jadi CONAN. memerhati dalam diam. tetiba lepas makan semua ann , aku, angah, along niesa kitorang bertiga rajin kat dapur basuh pinggan settlekan pinggan mangkuk haa. disebabkan aku tak puasa makan masa iftar tuu, lepas habis je basuh pinggan selamba badak jee aku cakap kat MAKNGAH, "makngah, yana lapar laa. nak meratah lauk lagi boleh tak" sambil tayang muka comel hahah makngah apa lagi on jeee. dia lagi suka kalau orang makan habis daripada membazir.

okay selesai acara kat dapur, aku pg depan. then aku nampak mamat td tgh jalan sambil pandang sorang budak "emmm sah nie anak dia" sekali tuu aku dengar "ipannnn, meh kat PAKTEH" dalam hati aku ohyeahhhhhh bukan laki orang bukan bapak orang syihhhhhhhh yess yess ada chance! hahaha. okay kejap je lahh pastu aku terpikir balik "emm hensem2 gini sah sah dah ada makwe, okaylahhh aku melepas lagi" then aku pun mengusha jee laa dari jauhhhhh kann ape nak buat . aku pandnag jee dia layan anak-anak buah dia main bunga api, dia kopek durian and so on lahh. then malam tuu tamatlah cerita dan aktiviti macam-macamm. emmm aku ingat dia polis tau, sebab gaya dia ada macam polis,.

13/09/2015
*tibalah tarikh angah jadi tunangan bangah. okay masa nie aku teman angah atas pelamin tau, elok2 habis sarung cincin je aku pandang depan zaappppp dup dap dup dap jantung aku , mamat yang aku usyar haritu ada depan mata. dia pun tengah pandang aku masa tuu. mamat nie actually adik bangah and yang paling rapat dengah bangah laa . hokay aku dupp dapp dup dapp. time hari tunang nie kira kali ketiga dah laa aku jumpa dia. kali kedua pun kat umah opah sebab family dorang datang risik angah. hokay then, aku gedik gedik gatal jugak laa usyar mamat tuu but then bila dia pandang aku, aku pandang tempat lain sebab malu terkantoi usyar anak teruna orang haa. heheh okay then habis crita kast situ. besoknye tuu aku nak balik kedah including balik perlis terus sebabnye besok tuu aku ada kelas, masa aku salam ngn angah aku cabar angah kirim salam  dekat mamat yang aku dok usyar tuu a.k.a adik ipar angah jugak laa. sebab aku yakin angah takkan buat, tapi angah buat wehhhh. angah bagitahu bangah, bangah pulak bagitahu dia dengan family dia then tak lama lepas tuu dia pun cari aku . i give his name haa nama dia MUHAMAD IKTIDAL BIN ABDUL AZIZ

okay sejak peristiwa dia cari aku tuu, now he is apart of my life. dah banyaj pahit manis aku rasa ngn dia. daripada bahagia, sedih,sakit hati, pilu, rindu, sayang, cinta semuanya bercampur dan In shaa Allah andai ada umur panjang serta ada jodoh kami dan kami sama-sama berpegang pada janji kami, In shaa Allah dia memang jodohku dunia akhirat. Perjalanan hidup yang diatur Allah tuu dah cukup elok. Aku cuma berserah pada takdir dan jodohku. andai dia jodohku maka dialah, jika bukan akan ada Allah simpankan untukku. Wallahualam

Kenapa berkaca mata hitam jadi topik?
sebab semalam 19/03/2016 masa majlis bertandang angah ngn bangah kat KG Padang Sanai tuu, aku ngan Tidal jadi pengapit, masa pengantin dah duduk elok atas pelamin, aku pun nak laa tutup payung, time tuu gak Tidal ada depan aku. for the first time , aku mengadap dia and aku tertatap mata dia yang jugak tengah pandang aku disebalik kaca mata hitam tuu. masa tuu darah aku berderau then aku jadi malu. terus aku blah tinggal dia kat situ and pergi ke meja makan.  jadi, macam aku cakaplah, sebaik-baik perancangan adalah perancangan milikNya.

Tuesday, June 9, 2015

NEW LIFE AS A UITM STUDENT

Hai uolls . starting from 02 june 2015 hidup aku dah berubah . Uwahhhh . tipulah kalau aku cakap tak sedih ann . hari nie dah hari kelapan aku hidup sebagai seorang mahasiswi di Universiti Teknologi Mara Kampus Arau , Perlis . Siapa cakap uitm perlis tak best ? Sapa cakap tu mohon dia perjelaskan satu persatu tentang apa yang ada dalam uitm nie . Siapa cakap tak best ? Siapa ? Siapa ? haaa korang jangan , aku marah nie . Life kat sini best sangat especially bila awak awak di luar sana dapat kawan2 yang SUPERB SPORTING GILA NAK MAMPUS HAAAAA ! Okay kali nie aku caps lock dan bold hahahaha .

Menceritakan serba serbi sedikit pasal uitm nie , gua rasa hari first day sampai tu dalam pukul 8.30 gituuuu . Dengan harapan tak nak susah kena beratur panjang maka weolls pn keluar la umah awal awal . perjalanan weolls nie lebih kurang 50 minit ja dari rumah nak sampai kampus . Tapi yang bestnya apa tau , masa sampai tu tak payah susah susah nak beratur kat dewan seri semarak ke apa untuk sesi pendaftaran panjang . Proses dia sumpah simple ! SIMPLE ! Korang cuma perlu datang , parent korang drive masuk , sampai satu tempat tu akan ada akak atau abg OC tunggu . diorang akan bagi satu pamplet berserta kunci bilik dan aku masih ingat lagi ayat diorang "okay , nanti isi borang dalam pamplet nie , tgk nie kunci bilik , kolej adik kat Kesinai 1 , nombor bilik sekian sekian boleh masuk bilik terus" . Aku pun terkedu . Apahal senang sangat proses dia . Then , aku pun masuk lah dalam bilik . Berkenalan la dengan roomate aku orang Johor yg suka sangat gelak HAHAHAHAHAHA ! samapai tengah malam . Aku pun jadi suka gelak . Hahahaha

Makanya pada hari tu , bermulalah drama sebabak keluarga . Gila tak sedih , aku lah satu satunya manusia yang tak pernah berenggang dengan family untuk satu tempoh yang lama . Mesti lah nangis gaisssssss . Okay petang tu aku penat sangat ,jadinya aku berkenalan dengan Nadira gitu gitu aja sebab aku memang tak larat memandangkan petang tu akan bermulanya MDS bagi calon mahasiswa kumpulan 1 .

Pendekkanlah cerita MDS nie , aku malas cerita panjang panjang sebab MDS nie amik masa 4 hari . Jadi kau nak ke aku taip satu satu apa yang weolls buat sepanjang Minggu Destini Siswa atau lebih dikenali sebagai MDS . Tapi paling gempak dan aku paling suka pasal game yang OC Zafri anjurkan . Dan trademark budak2 uitm perlis nie adalah perkataan "GITTTTEWWWWWWW"  HAHAHA . kepada anda yang bukan student uitm perlis nie , anda takkan tahu macam mana pronounciationnya hahaha (entah eja betul ke tidak)

Okay sepanjang MDS nie , hakak hakak nak pesan kepada hadik hadik sekalian bahawasanya prepare la baju kurung cukup cukup utk MDS nie dan yang paling penting seluar tight , kain dalam , tudung putih 2 hingga 3 helai , full white or black scarf 2 hingga 3 helai sebab nanti kepala korang akan busuk, stokin atau skinsock baju kurung putih (Alaaa yang korang pakai masa sekolah tu) dan kain hitam serta kasut bertutup warna hitam . mendalah semua nie WAJIBBBBBBBBBBBBB  . nie untuk perempuan .

Bagi kaum Adam pulak sediakan kemeja putih lengan panjang 2 helai , tshirt berkolar 2 hingga 3 helai (terpulang pada korang la suka salin baju ke tidak) , pakai seluar tight atau boxer , black socks , kasut kulit berwarna hitam , seluar slack berwarna hitam 2 hingga 3 helai , tali pinggang berwarna hitam .

seluar tight atau boxer dan stokin tu sebenarnya sangat PENTING sebab korang akan jalan banyak2 nanti takut korang melecek pulak . sakit dan sangat tak selesa woooo .

Masa MDS nie korang wajibbbb bangun 3.50 pagi itupun kalau korang tak nak berebut toilet laa dan pastikan berwudhuk siap siap sebab uolls dah kena berkumpul dah pukul 5 . kemudia pegi PI untuk solat subuh . Masa MDS tolong jangan tidur sebab semuanya yang disampaikan sangatlah penting . Walaupun hakak sendiri tak tidur  hahahahah . kena bebel oooo ngn OC . hahaha dah habis MDS semua masa majlis perasmian , weolls akan nyanyi lagu uitm dan baca ikrar , dia punya feel tu lain macam tau . rasanya mcm nak grad pulak padahal baru ja perasmian sebagai mahasiswa mahasiswi uitm . hahaha .

Okay dah la aku dah penat nak typing lagipun air cond dalam library nie sejuk sangat sangat dan aku perlukan udara yang panas pulak hahaha . daaaaaaa have enjoy gaisssss .

Friday, May 8, 2015

Makan makan sambut birthday Afifi

Hai gaissss . Bertemu lagi kita . Alhamdulillah masing2 dipanjangkan umur , murah rezeki dan sihat selalu .
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menunaikan salah satu cita-cita aku iaitu masuk UNIVERSITI . Then , aku dapat masuk UiTM Arau plus study diploma in planting industrial management .
Setelah membuat kaji selidik bidang pekerjaan , abg aku jumpa bidang pertanian nie ada pasaran kerja yang luas . Katanya "adik mohon laa pengurusan ladang , sekarang nie industri pertanian semua ada pasaran and " bla bla bla bla melambak lagi laa dia bebel kat aku malam aku nak isi form UPU . Aku pnya laa bebal siap rasa nak tarik muka lagi sebab sesungguhnya aku TAK SUKA LANGSUNG BIDANG PERTANIAN ! .haaa nampak tak siap caps lock lg . Nasib tak bold jaa tu .

Nak dijadikan cerita aku nak puaskan hati dia jadi aku pun letak la course tu kat pilihan no 5 . Pilihan first aku adlh farmasi ! Senang PUAS HATI PLUS MALAS DENGAR KAU MEMBEBEL BRO . Dan kenapalah mulut dia masinnnnnnn sangat . Aku dapat course tu dan dekat uitm Arau sama dengan yang instinct dia 'katanyalah' . Bermula dari situ aku redha . Aku pujuk hati aku . Kataku , mungkin rezeki kau macam nie Nuna jadi kau redha , minat boleh berubah , mana la tahu kau dah masuk u nnt kau enjoy gegila study course tuu . Tengok2 siap nak sambung smpai master lg . Bagi aku skrg nie , aku tak kisah dah course apa pun , minat ke tidak , asalkan aku dapat masuk universiti dan aku tahu bidang aku tuu ada meluas di pasaran kerja . Jadi aku akan mula berdaftar pada second of june . 23 days left . Emmmmmmm .

SEDAR TAK KORANG KALAU BACA CERITA NIE SEBENARNYA DAH LARI TOPIK ? HAHAHAH .

Okay topik asal birthday fifi . Nak cerita serba sedikit pasal birthday fifi tadi . Ya Allah best sangat . Dah laa aku rindu ex-classmates semua plus semua happening gila gila plus makin cantik makin hensem makin memikat hatiku .hahaha lagi best lagi dapat ole ole from London and Paris . Thankyou fifi . Birthday kau , kau yang bagi hadiah yeeee . Hahahaha . Okay best sangat . Rasa takmau balik awal . Makanan dia apa tau ? Haaaaa opkos laaa ade BBQ plus nasi goreng , mee goreng , lala rebus , kambing plus ayam plus sotong bakar , tembikai and many more laaaa tak terlist sampai sengkak perut aku makan . Ya Allah bestnya ngn uolls kengkawan . Rindu sangat !


  Haaaa inilah dia birthday girl (yg hijau tu) , nama dia Afifi binti Rosman . Cantik kan cantik kan . Tapi sengal sikit hahahah . Fifi nie bakal student UNIMAS ataupun matrik . Tengok la apa pilihan dia nnt .


 Nie pulak bestie gua . Nama afiqah tapi weolls panggil dia Mami . Sebab dia nie sporting plus merapu tahap tepung cap badak dan dikenali juga sebagai sarjan misai hahahaa love u babehhh . Dia nie terlalu minat ngn form 6 and she did it . Semoga kamu sentiasa cemerlang babehhhh .



  Nie ! Lagi sengal , nama dia Farah Elliana . Sengal sengal dia pun aku suka kawan ngn dia . Hahahha hai Syed ! Ehhh ehh nama boyfriend dia tu . Bakal student matrik jurusan sains ataupun pengurusan maklumat . Tak tahu laa mana dia nak pilih .


 Ini laa dia tukang bakar professional weolls namanya Abdul Jabbar a.k.a Mr. Haha . Aku sorang ja panggil nama tu . Andddd gambar weolls nie gelap sikit almaklum bin maklum laa kan lighting tak lawa sikit . Duk depan bara api katekooo. Hahahaha . Nie bakal student electrical engineering .


 Ini semua ex-student smk mergong

(Eceh ayat macam ramai sangat)




  Nie gadis gadis dekan . Dah nama pun perempuan kannnn . Mesti laa tak lepas ngn hidup berselpie . Hehhehe one , two , cheeseeeee !
Ada belakang org mengganggu di situ

Love you gais .
Muahhh cikeddd .

08 MEI 2015


Wednesday, April 8, 2015

Salahkah Jatuh Cinta Dgn Kawan Baik Sendiri ?

Kecewa . Tuu ja aku nak bgthu . Kecewa sgt dengan apa yg dia cakapkan . Three times I hurt about the same thing . First , budak from another school , then my junior , and now classmate aku.  And i'm just feel like "why not me ? Am I too bad to get what I want" . Now , aku tahu jwpn hati aku , aku sbnarnya not too much in love dekat adib , aku cuma jdkan adib option and aku truly in love with MAJ .

Yaa aku kecewa dgn MAJ .

It takes almost two years since aku berkawan rapat ngn dia .
Entah ! Aku open my facebook , turn to all messages and get read all about our conversations . Actually 19 February 2014 aku start putus kawan ngn dia then sbb kami gaduh . I cried . Lebih kurang 5 bulan kami gathered balik . Tu pn one day kami terjoinn sembang sama sama but at the same time ada org take over my place . Aku dah takda tmpat aku terpaksa duduk tempat MAJ sbb nak study math . Dia dtg dekat meja tu , duduk depan aku , ajar aku soalan yg aku tak paham . After I finished my questions , aku letak pensel , duduk hadap dia and asked him to look at me .
Aku mula mintak maaf and explained whatever I felt . He said "aku dah tak kisahkan semua tu.  Aku harap kita bukak buku baru . From now , let study for our spm" and im just feel like I wanna cry.  What the stupid I had done before I said quietly .

Semenjak tu kami berkawan balik tapi tak rapat dah mcm dulu . Dulu masa form 4 kami rapat sgt smpai ada yg salah faham about our friendship . But he dont mind . Dulu dia suka buatkan aku aiskrim air tangan dia sndiri , pling famous oreo ng nescafe la , buatkan muffin utk pujuk aku , belikan teddybear sbgi tanda penghargaan , selalu belanja steamboat , and sms aku almost every night . Dan aku rasa disayangi . Perempuan mana yg tak suka kalau lelaki buat mcm tu . Sbb kami gaduh laa semua tu hnya tinggal kenangan ..

Sekarang masing2 dah habis sekolah . Dia dgn cara dia dan aku dgn cara aku tp kami ada jugak contact . Perasaan aku masih sama mcm mana sebelum kami bergaduh dulu.

Tapi malam nie 09'April 2015 , he texted me . He said that he admire a girl ,our classmate . Since 2013 he said . Aku kecewa . Selama nie aku yg bertepuk sebelah tangan . Tak pernah berbunyi . Dia siap bagitahu yg dia cadang nak meminang that girl lepas habis diploma . Dia tak couple ngn that girl but I know what type of him . Im just feel like okay I never deserve it .  Aku tak pernah bagitahu that I love him And yes ! Jawapannya salah mencintai kawan baik sendiri . Kerana sikap penyayang dan ambil berat yg dia tonjolkan , aku jd salah tafsir . Hati aku jadi semakin beku selepas apa yg dia luahkan . Biarlah . Mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik untuk aku . In Syaa Allah . Sebaik baik cinta adalah cinta milikNya yg Maha Esa . Assalamualaikum.

Sunday, March 29, 2015

Apa khabar ?

Hai apa khabar uolls adik kakak rakan sbaya semua heee apa khabar anda semua ? Emm tak sbnarnya almost one year tak hidupkan blog nie . Rindu² tu opkos laa ada haish . Sebenarnya nak bgthu skrg aku da jd penganggur yg palingggg terhormat dlm Malaysia . Aikk yke ? Emm camtu boleh la rembat gelaran dlm Malaysia book of records , tak gitu yedokk T_T .

_--------------------------------------------------------
--------------------------*menatkan ja tekan button sama bebanyak*

Okay , nak dijadikan alkisah la kann emm mcm gempak plak story hahha . Habis spm smpat la dlm sebulan gitu kot aku rest kat umah then aku krja kdai tdung Ila'z collection . Ada la kot hampir sebulan aku krja then kedai tu tutup mcm tu jaa but sokay its fine dapat gaji jgak.  Then menganggur dlm dua minggu , aku dapat krja kat Hinode Shop alaaa kedai yg kna pekik "selamat datang 1 barang 5 ringgit" tak maknanya kedai tu nak 5 hinggit da skrg nie . GST katakannnn . Dah jd 6 hinggit *tak guna ! Mahal* then aku resigned . Tah ada la sbb pnjg lebar tak boleh diluahkan aku resigned . Sehingga hari nie tercipta lah gelaran aku sbgi penganggur *ehhh malu plak* blush blush .

- - - - - - - - - - - - - - - -

Haishhh penat aku taip pepanjang mcm nie.  Udah laa. Ibu ajak potong langsir plak.  Daaaaaaa

Thursday, October 31, 2013

CUTI !!!

haaaa . yg nie nak dengor nie . CUTI ! alhamdulillah da merdeka aku drpda bebanan exam . tahun dpan SPM wooo . SPM !!!!! ahhhh SPM je pun . Je pun ? wo wo beb ! penting tuu . Hahaha . Ahh back to the topic , papehal pn aku happy sbb tak lama lg da nak cuti . Wah indahnya hariii ! aku tahu laa apa nk buat nnt . Tapi kann . lg best tau kalo dapat pi Petrosains ! ahhh nak mendalami aliran aku . Cuti nie bakal dpat kakak ipar lagi sorang . wuuu bertambah laa ank buah aku . cee buat happy happy sikit . ahh actually aku sendiri tadak idea skrg nie . mmmm k !

Wednesday, September 11, 2013

Malu !

hai . rasanya da lama tak update blog nie . Bukan apa , skrang nie busy jaa . Dengan exam la , homework , keja itu ini , Kadang-kadang tu balik umah terus tdo je la . Memang penat sangat . nak hidup kena la rajin kan ? hahha ^^ 

Okay sekarang nie aku nak cita kisah semalam . Ya Allah . First time rasa macam nie . Malu ! tak payah ckp la rasa tebal berapa inci . Update pasal nie bukan apa , kenangan nie manis sebenarnya even memalukan . Suatu hari nanti kalo aku usha balik kisah yg aku update kat blog nie , mesti rasa kelakar je . Kadang2 kisah sadis yg berlaku bertahun lamanya bila diceritakan balik dia akan jadi kelakar , right ? Alkisah aku semalam 11/09/2013 jam 12:32 tgh malam mcm nie:

Aku da lama tak otp lewat2 ngn MKBAY banyak minggu da . Kalo dia call aku pn dia akan call awal2 and cakap lama2 . So tgh malam takyah otp da la kan . Nak jadikan cerita semalam aku tdo pukul 11 lebih . Da siap homework semua so boleh la tdo kan . hahah . Lepas tu ada org call . Aku angkat fon call tapi aku tak sedar . Bila aku sedar aku terkejut sebab tengok keadaan aku yang separuh duduk , tangan kanan pegang jam , tangan kiri pegang fon ( tengah ckp fon ) , then aku cakap 12:36 and aku dengar ada suara lelaki cakap " SEDAR KE TAK NIE ? " . Terkejutnya aku tak payah cakap la . Aku pun usha fon aku . Nombor MKBAY nie . Pastu soalan yg sama berulang " SEDAR KE TAK NIE ? ". Then barulah aku sedar sepenuhnya . hahaha . MKBAY gelakkan aku ! Aku tanyalah dia " KENAPA GELAK ? " Dia sambung gelak lg then dia cakap " OKAY LA ORG NAK MANDI NAK PEGI SEKOLAH NIE , BYE " . Dalam hati aku kata , sengallah mamat nie tengah2 malam nak pegi sekolah apa kebendanya . Then aku katalah " NIE DA KENAPA PUKUL 12:30 LEBIH TENGAH MALAM NAK PEGI SEKOLAH BAGAI , PENING KE APA , HAH ?"  dia boleh gelakkan aku lg . Aku nak sangat tahu kenapa aku tanya la " WHAT HAPPENED ? " dia gelak lg ! haihhh gelak betul mamat nie . Then dia pun cerita la apa yg berlaku . Dia kata dia call aku , aku pun jawab:

AKU : hello !
MKBAY : hello , buat apa ? 
AKU : tdo la . kenapa ?
MKBAY : sajalah nak call tak boleh ke ?
AKU : haihh , yelaa apa2 je la . dah la pegi la mandi !
MKBAY : satgi la .
AKU : pegi la mandi , haihhh
MKBAY : kenapa ? nak pegi mana kena mandi bagai ?
AKU : sekolah la
MKBAY : sekolah apa waktu nie cek oii
AKU : wey ! da pukul 6 pagi kot
MKBAY : hang nie sedar ke tak sedar . pegi tengok jam .
AKU : da 6 pagi la
MKBAY : pegi tengok jam sekali lg !

aku pun tengok la jam . Start dari situ baru la aku betul2 sedar . YA ALLAH malunya aku tatau la nak cakap . Then , kitorang pn sambung la otp . Dia pn tak habis2 nak perli aku dengan kejadian tu . YA ALLAH . Lepas nie nak jmpa dia rsa malu gila , memang sebelum nie kalo aku jmpa dia pn aku malu . Tak penah nak borak face to face lama . Habis2 kitorang jumpa pun paling lama 10 saat . Tu pun pass barang then blah camtu je . Memang org tak syak la kitorang nie ada relay . Hahha . Okay smpai sni jaa story aku utk kisah memalukan nie . Setiap kali aku teringat balik memang tak habis aku tahan senyum . First time aku malu dengan perkara spontan macam tu . Da la lelaki plak tu . Haihhh . Okay la . Daaaaa ^^