Followers

Tuesday, June 9, 2015

NEW LIFE AS A UITM STUDENT

Hai uolls . starting from 02 june 2015 hidup aku dah berubah . Uwahhhh . tipulah kalau aku cakap tak sedih ann . hari nie dah hari kelapan aku hidup sebagai seorang mahasiswi di Universiti Teknologi Mara Kampus Arau , Perlis . Siapa cakap uitm perlis tak best ? Sapa cakap tu mohon dia perjelaskan satu persatu tentang apa yang ada dalam uitm nie . Siapa cakap tak best ? Siapa ? Siapa ? haaa korang jangan , aku marah nie . Life kat sini best sangat especially bila awak awak di luar sana dapat kawan2 yang SUPERB SPORTING GILA NAK MAMPUS HAAAAA ! Okay kali nie aku caps lock dan bold hahahaha .

Menceritakan serba serbi sedikit pasal uitm nie , gua rasa hari first day sampai tu dalam pukul 8.30 gituuuu . Dengan harapan tak nak susah kena beratur panjang maka weolls pn keluar la umah awal awal . perjalanan weolls nie lebih kurang 50 minit ja dari rumah nak sampai kampus . Tapi yang bestnya apa tau , masa sampai tu tak payah susah susah nak beratur kat dewan seri semarak ke apa untuk sesi pendaftaran panjang . Proses dia sumpah simple ! SIMPLE ! Korang cuma perlu datang , parent korang drive masuk , sampai satu tempat tu akan ada akak atau abg OC tunggu . diorang akan bagi satu pamplet berserta kunci bilik dan aku masih ingat lagi ayat diorang "okay , nanti isi borang dalam pamplet nie , tgk nie kunci bilik , kolej adik kat Kesinai 1 , nombor bilik sekian sekian boleh masuk bilik terus" . Aku pun terkedu . Apahal senang sangat proses dia . Then , aku pun masuk lah dalam bilik . Berkenalan la dengan roomate aku orang Johor yg suka sangat gelak HAHAHAHAHAHA ! samapai tengah malam . Aku pun jadi suka gelak . Hahahaha

Makanya pada hari tu , bermulalah drama sebabak keluarga . Gila tak sedih , aku lah satu satunya manusia yang tak pernah berenggang dengan family untuk satu tempoh yang lama . Mesti lah nangis gaisssssss . Okay petang tu aku penat sangat ,jadinya aku berkenalan dengan Nadira gitu gitu aja sebab aku memang tak larat memandangkan petang tu akan bermulanya MDS bagi calon mahasiswa kumpulan 1 .

Pendekkanlah cerita MDS nie , aku malas cerita panjang panjang sebab MDS nie amik masa 4 hari . Jadi kau nak ke aku taip satu satu apa yang weolls buat sepanjang Minggu Destini Siswa atau lebih dikenali sebagai MDS . Tapi paling gempak dan aku paling suka pasal game yang OC Zafri anjurkan . Dan trademark budak2 uitm perlis nie adalah perkataan "GITTTTEWWWWWWW"  HAHAHA . kepada anda yang bukan student uitm perlis nie , anda takkan tahu macam mana pronounciationnya hahaha (entah eja betul ke tidak)

Okay sepanjang MDS nie , hakak hakak nak pesan kepada hadik hadik sekalian bahawasanya prepare la baju kurung cukup cukup utk MDS nie dan yang paling penting seluar tight , kain dalam , tudung putih 2 hingga 3 helai , full white or black scarf 2 hingga 3 helai sebab nanti kepala korang akan busuk, stokin atau skinsock baju kurung putih (Alaaa yang korang pakai masa sekolah tu) dan kain hitam serta kasut bertutup warna hitam . mendalah semua nie WAJIBBBBBBBBBBBBB  . nie untuk perempuan .

Bagi kaum Adam pulak sediakan kemeja putih lengan panjang 2 helai , tshirt berkolar 2 hingga 3 helai (terpulang pada korang la suka salin baju ke tidak) , pakai seluar tight atau boxer , black socks , kasut kulit berwarna hitam , seluar slack berwarna hitam 2 hingga 3 helai , tali pinggang berwarna hitam .

seluar tight atau boxer dan stokin tu sebenarnya sangat PENTING sebab korang akan jalan banyak2 nanti takut korang melecek pulak . sakit dan sangat tak selesa woooo .

Masa MDS nie korang wajibbbb bangun 3.50 pagi itupun kalau korang tak nak berebut toilet laa dan pastikan berwudhuk siap siap sebab uolls dah kena berkumpul dah pukul 5 . kemudia pegi PI untuk solat subuh . Masa MDS tolong jangan tidur sebab semuanya yang disampaikan sangatlah penting . Walaupun hakak sendiri tak tidur  hahahahah . kena bebel oooo ngn OC . hahaha dah habis MDS semua masa majlis perasmian , weolls akan nyanyi lagu uitm dan baca ikrar , dia punya feel tu lain macam tau . rasanya mcm nak grad pulak padahal baru ja perasmian sebagai mahasiswa mahasiswi uitm . hahaha .

Okay dah la aku dah penat nak typing lagipun air cond dalam library nie sejuk sangat sangat dan aku perlukan udara yang panas pulak hahaha . daaaaaaa have enjoy gaisssss .