Followers

Friday, July 12, 2013

Syarat jadi Engineer

Program Asasi Sains

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam DUA (2) mata pelajaran dan gred 4B dalam DUA (2) mata pelajaran berikut :

  •  
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia  DAN
  • Bahasa Inggeris mendapat sekurang-kurangnyagred 4B
   (Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang)

Calon yang tamat program Asasi Sains dengan cemerlang serta MUET tahap 3berpeluang ke program Ijazah Sarjana Muda di UiTM atau IPTA lain dalam bidang:
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi


JURUTERBANG



  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  •  Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  •  Menguasai mata pelajaran Sains, Matematik dan Fizik
  •  Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
  •  Mempunyai rekod kesihatan yang baik daripada segi fizikal dan mental
  •  Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
  •  Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
  •  Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama



Diploma Perakaunan 


Memenuhi syarat am universiti dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran: 


  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/Matematik Tambahan sekurang-kurangnya gred 5C



PROGRAM ASASI UNDANG-UNDANG



Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran (tidak termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik/Matematik Tambahan)

DAN

·         Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurangkurangnya gred 3B
·         Kepujian Matematik/Matematik Tambahan

(Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang)




















Calon yang lulus dalam program Asasi Undang-Undang dengan mendapat HPNG 3.00 ke atas akan diserapkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Fakulti Undang-Undang UiTM. Calon perlu mendapat MUET Band 4 sebagai syarat kelayakan tambahan.





Asasi Kejuruteraan

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam DUA (2) mata pelajaran dan gred 4B dalam DUA (2) mata pelajaran berikut

·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Biologi/Matematik
·         Kimia  DAN

Bahasa Inggeris mendapat sekurang-kurangnya gred 4B



Diploma Pengajian Perniagaan

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/Matematik Tambahan



DIPLOMA SENI KULINARI

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat 7kepujian dalam mata pelajaran:
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/Matematik Tambahan
Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.



GRED SPM
sebelum 2010
mulai 2010
-
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G


No comments:

Post a Comment